BAQA’ ( بقاء ) ERTINYA KEKAL
L1: Wajib pada syara’ pula atas tiap2 mukallaf mengetahui serta mengaku didalam hati akan tentu sungguh Allah KEKAL tak terima binasa.
Wajib pada syara’
Syara’ memutuskan setiap mukallaf wajib mengetahui dan mengaku didalam hati dengan tentu sungguh bahwa Allah Ta'ala itu KEKAL .
Tentu sungguh Allah kekal
Baqa’ ertinya kekal. Kekal yang macam mana ? Makna Kekal DhatNya ialah
barang yang tidak terima binasa
barang yang tidak ada kesudahan
barang yang tidak dihubungi tiada
barang yang tidak terima hilang
barang yang tidak sunyi sama sekali boleh binasa
inilah antara makna kekal dan kekalNya bersifat tentu sungguh.
Lawan Baqa’ ialah fana atau binasa atau berakhir dengan tiada. Tidak terima aqal, Dhat Tuhan bersifat binasa.
L2: Firman Allah Ta’ala: ar-Rahman 26-27
كُلُّ مَنۡ عَلَيۡہَا فَانٍ۬ (٢٦) وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ (٢٧)
Ertinya: tiap2 mereka diatasnya binasa. Dan kekallah Allah pada Dhat Tuhan engkau yang mempunyai Jalal dan Ikram. Maka kekal itulah dikatakan sifat BAQA’.
كل من عليها فا ن
ertinya ‘tiap tiap mereka diatasnya binasa’ ( faa-nin فان ( . Ulama mengatakan عليها memberi makna ‘apa saja diantara atas bumi dan langit’ . Ayat ini dengan tegas menyatakan bumi, langit dan apa saja diantara keduanya akan pasti binasa.
dan kekallah Allah pada Dhat Tuhan engkau
dan Dhat Tuhan tidak sekali-kali berubah dan tetap kekal dan tidak binasa. Setiap yang berubah-ubah pasti tidak kekal dan akan tetap binasa.
yang mempunyai Jalal dan Ikram
Dhat Tuhan (Allah) yang mempunyai Jalal (kebesaran) dan Ikram (kemuliaan)
Kekal itulah dikatakan sifat Baqa’
Yang dikatakan kekal itu ialah sifat Dhat bagi Allah. Sifat kekal inilah yang dikatakan sifat Baqa’.
L5: Yang lawan Baqa’ binasa yang tentu tidak sekali2 bagi Allah Ta’ala.
Lawan Baqa’ ialah fana’
Telah diertikan wajib Dhat Allah Ta'ala ialah Baqa’ iaitu kekal. Lawan bagi Baqa’ ialah binasa atau fana’. Maka mustahil Dhat Allah Ta'ala itu binasa dan tidak sekali2 Dhat Allah binasa.
Dan pengakuan tentu sungguh didalam hati Tuhan kekal itulah dikatakan wajib bagi ‘aqal. Dan pengakuan tentu tidak didalam hati binasa itulah dikatakan mustahil pada ‘aqal. Dan makna kekal itu barang yang tidak menghubungi tiada atau dikatakan barang yang tak terima hilang.
Tuhan kekal itulah dikatakan wajib bagi ‘aqal
‘Aqal yang membuat pengakuan akan tentu sungguh Dhat Allah Ta'ala bersifat kekal. Inilah maksud wajib bagi ‘aqal. Aqal juga yang membuat pengakuan akan tentu sungguh mustahil Dhat Allah binasa. Inilah yang dikatakan mustahil bagi ‘aqal.
Dan dalil atas kekal Allah Ta’ala dan tak binasa itu ialah kita fikir jikalau Allah Ta’ala tidak kekal maka tentulah ia binasa. Dan jika ia binasa tentulah ia baru, dan juga baru niscaya tidak ada Tuhan dengan dalil yang nyata pada huraian sifat Qidam. Kalau bagitu tetaplah Tuhan tidak binasa.
Dan dalil ‘aqli atas kekal Allah Ta'ala
Dalil ‘aqli ialah dalil dengan jalan memikir.
Jikalau Allah Ta'ala tidak kekal maka ia binasa. Dan setiap yang binasa adalah baru, yakni wujud dengan adanya permulaan. Dhat Allah Ta'ala bersifat Qidam yakni Sedia yang Dhati. Maka tidak terima aqal sekali2 Dhat Allah binasa. Kalau bagitu tetaplah Tuhan tidak binasa.
Firman Allah Ta’ala didalam surah Qassas Q28: 88 yang mengisyaratkan Allah ta’ala bersifat dengan Baqa’:
وَلَا تَدۡعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَـٰهًا ءَاخَرَۘ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ ۥۚ لَهُ ٱلۡحُكۡمُ وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ (٨٨)
Dan janganlah Engkau menyembah Tuhan Yang lain bersama- sama Allah. Tiada Tuhan melainkan dia. tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Dhat Allah .......... (sebahagian)
Ertinya dan janganlah berdoa engkau serta Allah Ta’ala akan tuhan yang lain. Tidak ada tuhan yang lain melainkan Ia.
Bermula tiap2 suatu itu binasa melainkan Dhat Allah baginya jua hukum dan kepadanya kembali sekalian kamu.
Dalil naqli atas kekal Allah Ta'ala
tiada Tuhan melainkan Dia. tiap-tiap
sesuatu akan binasa melainkan Dhat Allah .......... (sebahagian)
Setiap benda yang wujudnya ada permulaan disebut baru. Dan setiap sesuatu yang baru akan tetap berubah-ubah [1] dan binasa. Namun hukum binasa setiap yang baru tertakluk kepada Qudrat dan Iradat. Maka diterangkan ada yang baru tetapi tidak terima binasa atas kehendak Allah Ta'ala. Walaupun tidak terima binasa, namun ianya baru dan menerima adanya permulaan. Antara barang yang baru tetapi tidak binasa ialah sepuluh barang :
Roh
Jasad Nabi dan Rasul
Arasy
Kursi
Kalam
Syurga
Neraka
Loh Mahfuz
Syuhada
Ajbul Zanbi [2]
Sepuluh perkara diatas menerima adanya permulaan tetapi tidak menerima binasa selagi ta’aluq Qudrat dan Iradat Allah pada mengekalkannya. Inilah yang dinamakan kekal ‘aradhi.[3]
Maka dengan pengakuan didalam hati dengan tentu sungguh kekal Allah Ta’ala dan pengakuan didalam hati dengan tentu tidak binasa itu membetuli pengakuan itu dengan keterangan Allah Ta’ala didalam Qur’an itulah orang yang beriman dengan Allah Ta’ala. Wal Allahu ‘alam.
Tsabith pengakuan didalam hati
Maka tsabithlah didalam hati bahawa sungguhnya Dhat Allah itu kekal dan tidak terima binasa. Di hatilah tempat segala permulaan amalan dan hujung pengakuan kejernihan aqidah yang dipegang.
wal Allahu’alam.
[1] Setiap yang baru pasti berubah-ubah.
[2] Ada yang menyatakan ajbul zanbi adalah tulang yang amat halus lagi bercahaya diwaktu malam. Ia bukanlah tulang sulbi atau tulang belakang. Dikatakan, bila manusia mati dan dikuburkan, tanah akan memakan setiap bahagian dari tubuh manusia melainkan sejenis tulang sebesar biji bajam atau disebut ajbul zanbi. Dari tulang inilah manusia dibangkitkan (ditumbuhkan). Dikatakan juga kerana ia bercahaya diwaktu malam, tulang inilah yang dialihkan sekiranya kubur manusia dipindahkan ketempat lain – wal Allahu’alam.
[3] Kekal ‘aradhi adalah kekal yang terima pada ‘aqal boleh binasa. Saperti contoh: syurga. Allah boleh binasakan syurga kalau Dia mahu. Tetapi Dia berjanji, maka tsabithlah syurga itu kekal. Inilah kekal ‘aradhi.